Peserta akan diberi penerangan secara mendalam mengenai perkara berikut:
Siapa yang perlu menghadiri kursus ini?
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan seperti yang telah digariskan di dalam AKTA MAKANAN 1983, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Bahagian IV, Bab 1, Peraturan 30, Latihan pengendali makanan.
Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.
Menteri boleh, jika difikirkan perlu, mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana-mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah.
Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
| # | Nama | IC/Passport |
|---|---|---|
| 1 | MOHD HUSNI | 900116XXXXXX |